– Update Disember 2025
Program usahawan Tune Talk Legend dari Tune Talk HQ menawarkan pelbagai jenis komisen Tune Talk yang sangat menarik, termasuk komisen aktif yang tinggi, komisen pasif, bonus MNP dan lain-lain.
📕 Akses Ke Kandungan:
Untuk melihat pecahan komisen dengan lebih terperinci, anda boleh rujuk halaman ini, maklumat lengkap kami sediakan.
Lihat : Pelan Popular Tune Talk
Anda juga boleh mendapatkan info penuh mengenai komisen Tune Talk Legend dengan beberapan Team leader kami yang terpilih dan berpengalaman di webiste ini.
8 jenis Insentif / Komisen Tune Talk Legend, antaranya ialah:
Baca : Kelebihan Dealer Tune Talk Legend
1. Pendapatan Pasif
Menjadi sasaran utama oleh Dealer, Komisen pasif dari Tune Talk melalui program Tune Talk Legend ini, hanya jual sekali, tetapi anda akan dapat komisen berulang kali selagi pelanggan topup dan guna kredit sama ada untuk langgan data, buat panggilan atau SMS.
Dengan 4 tier komisen sehingga 15%, anda boleh jana pendapatan pasif secara konsisten setiap bulan, tanpa risau di mana pelanggan anda reload kredit.
Faedahnya, anda boleh bina rangkaian, dapat pendapatan pasif, dan masa lebih fleksibel. Kerja sekali, hasil berpanjangan.
Rujuk jadual di bawah untuk lihat % komisen yang akan dapat si setiap tier.
| Direct (Tier. 1) | 8% |
| Tier 2 | 2% |
| Tier 3 | 2% |
| Tier 4 | 3% |
2. Komisen Data Plan
Komisen Data Plan ialah ganjaran yang diberikan kepada dealer apabila pelanggan melakukan langganan pelan data yang pertama selepas simkad / esim didaftarkan bagi mana-mana pelan Tune Talk yang terpilih seperti dibawah.
Insentif ini adalah one-time commission, iaitu hanya dibayar sekali pada langganan pertama sahaja, bukan setiap kali pelanggan renew dan bukan semasa pendaftaran sim.
Berikut ialah senarai Pelan dan komisen Data Plan yang terpilih:
1. Data Plan Bulanan (Epik+)
Kategori ini melibatkan 3 pelan bulanan:
Epik+ 28 (1, 3, 6, 12 bulan)
Epik+ 35 (1, 3, 6, 12 bulan)
Epik+ 50 (1, 3, 6, 12 bulan)
Dealer akan menerima insentif berdasarkan jumlah langganan pertama bulanan bagi pelan di atas.
| Epik+ 28, Epik+ 35 & Epik+50 | Komisen |
| 1 – 9 Pelanggan | RM7 / Sim |
| 10 – 19 Pelanggan | RM8 / Sim |
| 20 Pelanggan & keatas | RM9 / Sim |
Semakin banyak langganan pertama yang berjaya dibuat dalam sebulan, semakin tinggi nilai insentif yang diterima.
Struktur ini memberi peluang kepada dealer untuk memperoleh komisen tambahan berdasarkan jumlah pelanggan yang berjaya melakukan langganan pertama setiap bulan.
2. Pelan Khusus
Insentif ini diberi sekali sahaja untuk setiap pelanggan yang melakukan langganan pertama bagi pelan berikut:
| Pelan | Insentif Aktif |
| EpikCall 20 | RM2 |
| Tahunan 99 | RM10 |
| Tahunan 200 | RM20 |
Semua insentif diberikan ketika pelanggan membuat langganan pertama, bukan ketika mendaftar sim dan bukan ketika renew.
Pelan khas menawarkan kadar insentif tetap untuk setiap langganan pertama.
3. Bonus MNP
Dalam program usahawan Tune Talk Legend, salah satu bonus paling menarik ialah MNP Incentive, iaitu ganjaran apabila pelanggan mengekalkan nombor lama mereka dari telco lain ke Tune Talk.
Melalui insentif ini, dealer akan menerima RM10 bagi setiap MNP dan pelanggan Topup atau melanggan plan Tune Talk RM30 dan ke atas.
Insentif MNP ini menjadi tarikan ramai usahawan kerana:
▪️Bayaran tunai mudah terus dapat RM10 bagi setiap MNP yang memenuhi syarat diatas.
▪️Permintaan tinggi, ramai pengguna suka kekalkan nombor lama bila tukar telco.
▪️Tambahan kepada komisen sedia ada. Insentif ini adalah extra income selain komisen aktif & pasif yang diberikan oleh Tune Talk.
Dengan gabungan komisen dan insentif macam ni, program Tune Talk Legend memang sesuai untuk sesiapa yang nak bina pendapatan konsisten melalui telco.
4. Untung Topup / Langgan
Dealer Tune Talk akan dapat komisen extra 5% setiap kali membuat topup atau melanggan pelan untuk pelanggan melalui sistem Dealer. Lebih banyak transaksi, lebih tinggi komisen yang terkumpul.
5. Untung Runcit
Dealer Tune Talk boleh jana untung runcit dengan mudah kerana modal sekeping simkad hanya RM3.50 dan dijual pada harga RM5. Kadang kala dijual RM10 bagi kawasan luar bandar. Ini memberi keuntungan segera setiap jualan.
6. Recruitment
Setiap kali anda berjaya melantik seorang dealer baru di bawah rangkaian anda, anda akan menerima Bonus Lantik Dealer Baru sebanyak RM30.
Bonus sekali bayar ini bukan sekadar keuntungan segera, ia sebenarnya membuka pintu kepada pendapatan jangka panjang. Ini kerana setiap dealer baru yang berjaya aktifkan simkad untuk pengguna baru, akan menyumbang kepada pasif 4 tier (networking) anda.
7. Bonus Wheel Of Fortune
Setiap kali anda buat topup atau langgankan pelan untuk pelanggan melalui app dealer, anda automatik layak masuk pusingan bertuah. Setiap pusingan menawarkan ganjaran tunai antara RM5 hingga RM500.

Cukup menarik bukan? extra komisen pun dah boleh dapat 3 angka, itu belum masuk lagi komisen aktif dan pasif.
8. Bonus Program
Setiap tahun, atau 6 bulan sekali, Tune Talk HQ akan buat program khas dimana dengan program bonus ini, anda mampu meledakkan lagi pendapatan anda dengan tawaran komisen tambahan yang tinggi dan lumayan.
Baca : Kelebihan Bisnes Simkad Tune Talk
Daftar Dealer dan Mula Jana Pendapatan hari ini
Jangan tunggu lama lagi, jom sertai kami sebagai Tune Talk Legend hari ini. Lebih mudah jika anda bersama kami.
Artikel Berkaitan
Halaman Popular
Halaman ini dimiliki oleh team pengedar Tune Talk Legend yang sah untuk urusan pendaftaran simkad atau dealer baru
Utama | Plan Simkad | Dealer Kami | Daftar Dealer | Hubungi Kami