Terdapat pelbagai cara untuk pengguna topup Tune Talk @ reload kredit. Topup sangat mudah didapati dan dijual dimana². Anda boleh reload sama ada guna ussd kod, melalui aplikasi atau online banking.
Baca juga post Cara Langgan Internet TuneTalk
Cara Topup TuneTalk
1). Ussd Kod Soft pin (16 Digit no. pin)
No. pin untuk topup 16 digit ini anda boleh dapatkannya dimana² kedai yang jual topup, 7 Eleven, stesen minyak atau kedai² yang jual handphone.
Bila dah ada no. pin, melalui handphone anda sila dail *122* (16 digit pin) #. contoh
*122*1234567890543217#
kemudian tunggu status kredit anda akan dipaparkan pada skrin handphone.
2). Melalui aplikasi TuneTalk
Terlebih dahulu, sila instal aplikasi TuneTalk di PlayStore @ di AppStore.
Masuk ke app TT dan klik Topup
Kemudian pilih nilai yang anda mahu reload dan klik proceed. Anda akan dibawa ke halaman Payment Method (cara bayaran).
Anda boleh pilih sama ada credit,debit card, eWallet atau Online Banking (FPX).
kebiasaan pengguna lebih suka cara Online Banking. Klik Online Banking dan pilih Bank yang anda mahu guna untuk buat belian. kemudian login macam biasa ke acc bank online anda dan teruskan bayaran.
Reaload/Topup anda akan masuk dalam 5 minit ke Nombor TuneTalk anda.
Baca juga Jana Pendapatan Dengan Tune Talk
3). Online Banking
Terus melalui online banking. Dalam online banking anda, sebenarnya pihak bank ada menawarkan service untuk Topup ke nombor Tune Talk. Anda boleh lihat di acc bank online anda.
4). Melalui Agent Topup
Anda juga boleh dapatkan reload dengan mana² ejen topup sama ada di kedai runcit, kedai handphone atau individu yang menjual topup.
5). Melalui Dealer @ Agent TuneTalk
Setiap dealer TuneTalk mereka juga sebenarnya boleh Topupkan nombor anda. Bergantung pada dealer tersebut sama ada mereka sediakan service untuk topup atau tidak.
Baca Pakej Internet Menarik Tune Talk
Semoga, Cara Topup TuneTalk (Reload) ini membantu anda.
Halaman ini dimiliki oleh team pengedar Tune Talk Legend yang sah untuk urusan pendaftaran simkad atau dealer baru
Utama | Plan Simkad | Dealer Kami | Daftar Dealer | Hubungi Kami