Terdapat pelbagai Ejen atau Dealer yang menjual sim Tune Talk untuk dapatkan pendapatan pasif dari pengguna SIM. Tahukah anda status dealer tersebut mempunyai pelbagai dan tidak sama id?
Suka kami terangkan perbezaan antara dealer Tune Talk direct HQ dengan dealer dibawah company tengah (3rd party) dimana mereka juga jual sim Tune Talk.
Dealer Direct HQ
Dikenali sebagai Tune Talk Legend (TTL). Program ini diperkenalkan sendiri oleh Company Tune Talk Sdn. Bhd. dimana status id dealer, segala support servis, pembayaran komisen, stok SIM, sistem untuk daftar sim @ esim pengguna baru semuanya dari hq Tune Talk.
Program ini diwujudkan sendiri oleh Tune Talk untuk melahirkan usahawan telco yang berjaya dalam menghasilkan pendapatan pasif dan aktif berterusan dengan lebih jaminan dari HQ sendiri.
Dealer dibawah Company Tengah
Dimana company ini menjalankan program kerjasama dengan Tune Talk Sdn. Bhd. untuk menjual SIM Tune Talk dengan menggunakan Jenama lain. Terdapat pelbagai company tengah (3rd party) yang menjalankan kerjasama dengan Tune Talk untuk jual sim ini dengan menggunakan jenama lain. Lebih dikenali sebagai simkad program.
Dealer dibawah 3rd party company sebenarnya mereka tidak ada id sendiri dengan Tune Talk, tetapi menumpang id Tune Talk orang lain (company tengah) untuk dapatkan komisen hasil dari jualan sim.
Pembayaran komisen, id dealer, support servis, stok, dan lain² tidak datang dari HQ Tune Talk, tapi melalui company tengah yang berkerjasama dengan Tune Talk
Dari segi jaminan, sukar untuk dijelaskan berikutan pernah ada company 3rd party yang hentikan perkhidmatan kerjasama dengan Tune Talk dan komisen dealer dibawah company tersebut tidak dibayar sekaligus menganiayai hasil usaha dealer tersebut.
Pendapatan pasif merupakan hasil yang berterusan dan berpanjangan yang akan dinikmati oleh dealer yang berjaya perkenalkan sim Tune Talk pada orang ramai, jadi anda perlulah buat langkah yang bijak dan selamat untuk jangka panjang.
Dengan posting ringkas dan mudah difahami ini, semoga anda memahami mengenai Perbezaan antara Dealer Tune Talk dan Dealer simkad program atau Company tengah yang berkerjasama dengan Tune Talk.
Mulakan langkah anda untuk jana income pasif dengan bijak, jadilah Rakan Dealer Tune Talk direct HQ. Dapatkan info lengkap, klik disini mengenai Tune Talk Legend.
Atau anda boleh dapatkan info dengan rakan dealer kami yang berdekatan anda, klik disini cari lokasi mereka.